Input ialah data yang dimasukkan ke dalam komputer untuk di proses di mana
data akan ditukar ke bentuk isyarat digital supaya boleh difahami oleh
komputer (bahasa mesin)[0-1].
Cara kemasukkan data:-
Pemasukkan secara transkriktif - data pada mulanya dimasukkan ke
dalam dokumen seperti mengisi borang dan kemudian di masukkan ke dalam
komputer oleh manusia. Contoh : papan kekunci (keyboard)
Pemasukkan secara data sumber - data dimasukkan menggunakan peranti
input yang boleh membaca secara terus sumber data tersebut. Contoh, data
dalam bentuk kod bar pada barangan akan dibaca menggunakan peranti input bar
code reader.
Peranti Input - peranti yang digunakan untuk memasukkan data yang hendak
diproses dimana input akan ditukar ke bentuk isyarat digital yang difahami
oleh komputer.
Kategori Peranti Input :-
Peranti Input Papan Kekunci
Peranti Penunjuk - tetikus, joystick, trackball, skrin sentuh, pena cahaya
Mesin Pembaca Magnetic Stripe Card, Smart cards, dan Optikal Cards - kad
kredit, ATM, kad pintar (kad telefon)
Peranti Pengesanan Input Suara - peranti ini dapat menerima percakapan
melalui mikrofon dan menukar percakapan manusia ke kod digital untuk
diproses oleh komputer.
Peranti Input Audio - merekod bunyi dalam bentuk analog dan menukar ke
isyarat digital
Peranti Input Video - ia akan menukar isyarat analog dari VCR cakera video
ke bentuk isyarat digital. Contoh, VCD dan CD.
Peranti Input Kamera - mengambil gambar dalam bentuk elektronik untuk
tayangan terus kepada monitor
Peranti Input Pengesanan - peranti input akan mengesan data tertentu
secara terus dari persekitaran dan menghantarnya ke komputer. Data yang
dapat dikesan seperti kelajuan, berat, tekanan, suhu angin dan cahaya.
OUTPUT
Output ialah maklumat yang berguna yang akan dikeluarkan oleh komputer
hasil dari pemprosesan data yang dikeluarkan dalam bentuk yang difahami oleh
manusia, komputer atau peranti lain.
Bentuk output
Salinan Keras (Hard Copy) - iaitu output yang dihasilkan secara kekal dan
boleh disimpan. Contoh : cetakan diatas kertas oleh pencetak.
Salinan Lembut (Soft Copy) - ialah output yang dihasilkan secara sementara
iaitu ia tidak dapat dikeluarkan jika tiada bekalan elektrik. Contoh :
Paparan pada monitor dan output suara.
Peranti output ialah perkakasan yang digunakan untuk mengeluarkan output
di mana output dalam bentuk yang komputer fahami akan ditukar ke bentuk yang
boleh difahami oleh manusia atau peranti lain. Contoh : monitor, pencetak,
COM (computer outputmicroform), peranti output suara, peranti output muzik,
pemplot.