Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

SPM-NOTA TEKNOLOGI MAKLUMAT

TOPIK 13 : KOMUNIKASI DATA

KOMUNIKASI DATA

  1. Teknologi asas yang digunakan oleh manusia untuk menerima dan menghantar data seperti surat, telefon, radio, televisyen, dan buku tidak banyak mengalami perubahan sejak zaman-berzaman. Namun sistem komunikasi data telah mengalami pelbagai perkembangan sejak diperkenalkan pada pertengahan 1960-an.
  2. Sistem Komunikasi Data ialah sistem komputer yang menghantar data melalui talian telefon awam atau kabel persendirian.
  3. Berikut adalah Perkembangan Sistem Komunikasi Data :-
  1. Pemprosesan data berpusat - semua pemprosesan berlaku di komputer pusat. Semua data yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam komputer perlu di bawa ke komputer pusat dan hasil pemprosesan perlu diambil dan dihantar kepada pengguna secara fizikal.
  2. Telepemprosesan - semua pemprosesan dilakukan di komputer pusat. Pengguna-pengguna boleh membuat capaian ke komputer pusat daripada terminal masing-masing (remote access) kerana terminal disambungkan ke komputer pusat melalui talian komunikasi.
  3. Pemprosesan Data Teragih - pengguna-pengguna bukan sahaja boleh membuat capaian ke komputer pusat (remote access) malah boleh juga membuat pemprosesan di komputer masing-masing (remote processing).
  4. Rangkaian - sistem komputer yang menghubungkan dua atau lebih komputer bersama sumbersumbernya menggunakan perkakasan komunikasi untuk membolehkan pengguna berkongsi data dan sumber-sumber komputer.

 

MODEL SISTEM KOMUNIKASI DATA

Model asas untuk sistem komunikasi data terdiri daripada komponen-komponen berikut

  1. peranti penghantar (komputer)
  2. peralatan komunikasi (contoh : modem)
  3. media penghantaran (contoh : kabel fiber optik)
  4. peranti penerima (komputer)

Selain daripada perkakasan perisian komunikasi juga termasuk sebagai salah satu komponen di dalam model asas sistem komunikasi. Berikut adalah MODEL SISTEM KOMUNIKASI DATA.

 

 

JENIS-JENIS PENGHANTARAN DATA

  1. Penghantaran Digital
  2. Penghantaran Analog

 

1. PENGHANTARAN DIGITAL

Penghantaran digital menghantar data dalam bentuk denyutan elektrikal yang berbeza iaitu sama ada on atau off. Komputer mengendalikan data digital yang diwakili oleh digit binari 0 dan 1.

 

2. PENGHANTARAN ANALOG

Penghantaran Analog menghantar data dalam bentuk gelombang elektrikal yang berterusan. Data yang melalui talian telefon adalah dalam bentuk gelombang bunyi. Oleh sebab itu, talian telefon yang menghantar talian analog digunakan dengan meluas dalam sistem komunikasi data sedangkan komputer mengendalikan data digital, penukaran data digital ke analog dan analog ke digital perlu dilakukan. Penukaran ini dilakukan dengan menggunakan modem.

Gambar rajah dibawah menunjukkan tentang Perkakasan Dalam Perhubungan Data.

 

MODEM

Modem adalah alat yang berfungsi untuk menukar isyarat digital ke analog dan sebaliknya. Proses menukar digital ke analog dikenali sebagai modulasi. Proses menukar isyarat analog ke digital pula dikenali sebagai demodulasi.

 

MEDIA PENGHANTARAN

JENIS MEDIA PENGHANTARAN BUTIR-BUTIR
Wayar Pasangan (Wire Pair) dibuat daripada 2 wayar tembaga dipintal bersama untuk membentuk kabel. Ia mudah mendapat gangguan.
Kabel Sepaksi (Coaxial Cable) wayar konduktor. dilindungi tiub logam, dipasang dilaut/tanah. Hantar lebih laju dan kurang gangguan.
Kabel Fiber Optik (Fibre Optic Cable) berkelajuan tinggi dan laju serta murah
Gelombang Mikro (Microwave) mempunyai frekuensi yang tinggi
Satelit (Satelite) station bumi satelite

 

<< >>

Bar Magic Yang Boleh Tukar Warna Latar Belakang

=============

Copyright By ASUGAN PRODUCTIONS 2000. All rights reserved.