Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

SPM-NOTA TEKNOLOGI MAKLUMAT

TOPIK 16 : SISTEM PENGOPERASIAN

SISTEM PENGOPERASIAN

1. Sistem Pengoperasian ialah satu set perisian atau aturcara yang mempunyai dua peranan iaitu:-

  1. antaramuka pengguna dengan mesin yang kompleks
  2. sebagai pengurus sumber dan aturcara

2. Komponen sistem pengoperasian terdiri daripada 4 sub-sistem yang mengawal 4 kategori sumber sistem pengoperasian:-

  1. Pengurus Pemproses - mengurus pemproses atau CPU
  2. Pengurus Memori - mengurus memori utama
  3. Pengurus Fail - mengurus storan sekunder dan fail-fail di dalamnya
  4. Pengurus Peralatan - mengurus peralatan input/output

3. Berikut adalah contoh sistem pengoperasian :-

  1. DOS
  2. Microsoft Windows 1995/1998/2000
  3. UNIX
  4. LINUX
  5. Windows NT

Diatas adalah sub sistem serta sumber-sumber yang diuruskannya.

 

SEJARAH SISTEM PENGOPERASIAN

a) 1940-an

  1. teknologi tiub vakum

  2. belum ada sistem pengoperasian

  3. untuk tujuan pemprograman suis digunakan untuk memasukkan satu-satu bit sebagai arahan

  4. bahasa mesin diperkenalkan dan arahan dimasukkan menggunakan kod tebuk

  5. bahasa penghimpun (assembly)

b) 1950-an

  1. sistem pemprosesan berkelompok satu aliran (single stream Bat Processing System)

  2. masalah yang dihadapi pada masa itu ialah penggunaan CPU yang tidak berkesan (efisien) kerana semasa proses atau program menunggu servis input output, CPU tidak digunakan.

c) 1960-an

  1. konsep multipemprograman

  2. sistem perkongsian masa

  3. sistem masa nyata

d) 1970-an

  1. sistem multimod yang menyokong sistem berkelompok, sistem perkongsian masa dan sistem mana nyata menjadi tren.

  2. teknologi rangkaian mula diperkenalkan - TCP/IP, ETHERNET

e) 1980-an

  1. sistem pengoperasian dipermudahkan penggunaannya

  2. sistem pemgoperasian rangkaian mula mendapat tempat

f) 1990-an

  1. Pengkomputeran teragih (distributed computing) - membolehkan pemprosesan diagihkan kepada banyak komputer didalam rangkaian. Konsep client-server mula diterokai.

  2. Pengkomputeran Selari (parallel programming) - menggunakan lebih dari satu CPU menjadi tren dalam pengkomputeran yang kompleks dan banyak.

  3. Sistem multikerja (multitasking) - membolehkan banyak program dilaksanakan serentak dalam satu sistem komputer.

  4. Konsep sistem terbuka (open system) - membolehkan komputer dan sistem pengoperasian yang berlainan berkomunikasi.

 

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN

  1. Program Tunggal

  2. Berbilang Kerja

  3. Berbilang Pemprosesan

  4. Storan Maya

 

a) Program Tunggal

-Sistem pengoperasian berbentuk tunggal hanya membenarkan satu pengguna untuk melaksanakan satu program pada satu masa. Ia merupakan sistem pengoperasian yang pertama dibangunkan. Pengguna hanya boleh mencapai satu program aplikasi seperti pemproses perkataan ke ingatan utama (memori utama). Bagi mencapai program aplikasi yang lain seperti lembaran kerja pengguna perlu keluar dari pemproses perkataan bagi membolehkan ia mencapai pakej lembaran kerja.

b) Berbilang Kerja

-Sistem pengoperasian berbilang kerja membenarkan lebih dari satu program dilaksanakan serentak pada satu masa. Ia boleh menyokong satu pengguna yang melaksanakan lebih dari satu program pada komputer peribadi dan lebih dan satu pengguna yang melaksanakan lebih dari satu program pada beberapa komputer mini atau kerangka utama. Ia juga dikenali sebagai sistem perkongsian masa (time sharing) dimana komputer boleh memberi perkhidmatan kepada ramai pengguna pada satu masa.

c) Berbilang Pemprosesan

-Komputer mempunyai lebih dari satu unit CPU untuk memproses. Sistem pengoperasian berbilang pemprosesan dapat menyelaraskan operasi pada komputer yang mempunyai lebih dari satu CPU. Oleh itu, setiap CPU dapat melaksanakan lebih dari satu arahan secara serentak. Ini akan mempercepatkan lagi pemprosesan.

d) Storan Maya

-Konsep pengurusan storan yang digunakan untuk membolehkan komputer melaksanakan program yang lebih besar saiznya sebenar memori. Program tersebut disimpan dalam storan sekunder dan ia dipecahkan kepada segmen-segmen yang dikenali sebagai halaman (homepage). Segmen-segmen yang diperlukan untuk pemprosesan akan dibawa masuk ke memori dan akan bertukar ganti dengan segmen-segmen lain mengikut keperluan. Ini membolehkan program yang besar saiznya boleh diproses kerana keseluruhan program tidak perlu dimasukkan ke dalam memori pada satu masa.

 

<< >>

Bar Magic Yang Boleh Tukar Warna Latar Belakang

=============

Copyright By ASUGAN PRODUCTIONS 2000. All rights reserved.